Muslimah kids store adalah hak milik bumiputra 100% mengedarkan pakaian kanak-kanak dan dewasa yang menutup aurat. Semua pakaian diperbuat daripada material yang tidak panas dan selesa di pakai oleh kanak-kanak mahupun dewasa.
Sikap tidak endah ibubapa akan kepentingan menutup aurat sebenarnya memberi kesan kepada anak-anak apabila mereka memasuki alam remaja kerana tidak biasa dan selesa memakai pakaian tersebut, seperti pepatah melayu " melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sekadar renungan bersama akan kepentingan menutup aurat. Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran yang bermaksud:
1. “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)” Surah Al-A’raaf : Ayat 26)
2. “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : Ayat 59